Bismillah
Hari ini aku nangis dan aku akui aku memang marah. Marah itu seketika sahaja tapi kesedihan itu sampai sekarang terasa. Aku rasa ringan untuk beribadah pada bulan Ramadhan malangnya cabaran ketika berjemaah di masjid tak dapat ku tahan. Ya mungkin iman aku lemah. Aku hanyalah manusia.
Setelah beberapa hari menahan perasaan sedih dan marah kerana tidak dapat khusyuk akhirnya malam ini aku menangis.
Menangis kerana peluang untuk meraih pahala solat khusyuk lesap kerana aku lemah dan cabaran pula menyerang tidak terhenti.
Menangis kerana rumah Allah S.W.T. dibuat seperti rumah sendiri.
Menangis kerana ibubapa tidak mendidik anak dengan baik.
Menangis kerana jika beginilah cara anak-anak muda bertingkahlaku depan hambaMu yang tengah beribadat kepadaMu bagaimanalah perangai mereka terhadap ibubapa ataupun orang lain?
Kalau beginilah perangai anak muda Islam aku pasrah dan aku sedih. Disiplin dan sifat hormat-menghormati yang sepatutnya dididik kepada anak tidak dititik-beratkan dengan alasan mereka hanyalah budak. Jadi bagaimana dengan anak-anak muda yang aku lihat hampir sama umur dengan adikku yang kini di tingkatan 5? Adakah mereka masih dapat bersembunyi dibelakang gelaran "budak"?
Ya Allah aku sangat sedih sehingga ke tahap ku tidak ingin ke rumahMu yang penuh dengan tingkahlaku sebegitu. Namun aku tahu dirumahMu-lah aku terasa nikmatnya beribadah kepadaMu.
Ya mungkin esok aku akan menangis lagi tapi tidak apalah asalkan tangisanku membawaku kepadaMu. Ya Allah S.W.T. kurniakanlah aku kesabaran dan kekuatan untuk membawaku kembali ke rumahMu.
Alhamdulillah
p.s. I just had to get this out of my chest. Seriously considered not going to the mosque but after writing this post I realize that deep down despite all this I still want to go. Kalau ada yang tersinggung kalau baca maafkan lah. Aku tidak sengaja. Cuma setakat meluahkan perasaan yang sebak di dada. T__T
sabar itu separyh daripada iman. lgpun, kids will always be kids. ;)
ReplyDelete