Bismillah
Waktu aku masih muda, ayah aku pernah sekali menyuruhku membersih tangki ikan. Oleh kerana itu kali pertama membersih tangki ikan, aku pun tanya ayah, "Papa, nak bersihkan tangki ni kena keluarkan ikan dulu atau terus guna hos untuk sedut keluar air?"
Ayahku pun memandang aku dan menjawab, "Kamu kan ada otak sendiri, cuba pikir apa cara bersihkan tangki tu sendiri."
Waktu itu, aku terasa sakit hati kerana ingatkan ayahku mengejek yang aku ini bodoh kerana tanya soalan sebegitu.
Sekarang baru aku sedar yang ayahku sebenarnya ingin aku belajar buat benda-benda seperti ini dengan cara aku sendiri dengan menggunakan aqal sendiri.
Kalaulah aqal kamu sendiri kamu tidak latih untuk guna sampai bila kamu mahu orang ajarkan kepada kamu? Kalau tiada yang sanggup mahu mengajar nanti semestinya kamu ketinggalan, lagi-lagi waktu dalam alam pekerjaan nanti.
Jadi tolonglah, jangan mengharap sangat kepada orang. Gunalah aqal sendiri dan usahakan sendiri tanpa terus bergantung kepada orang lain. Cubalah usahakan dulu sebelum minta pertolongan orang.
Alhamdulillah
No comments:
Post a Comment