Bismillah
Tadi saya baru saja habis membaca tentang orang Muslim yang gay. Terpikir sejenak yang aku tidak sepatutnya meminggir mereka atau mencaci mereka tapi sebaliknya menolong dan berbelas kasihan dengan mereka.
Tapi disebalik pemikiran sebegitu, terdetik di hati bahawa saya bukanlah baik sangat dan saya sebenarnya sama saja seperti mereka tapi situasi kita yang membezakan cara hidup kita.
Saya bukanlah gay tapi sebaliknya ada banyak benda dalam dunia ini yang kadang-kala saya lebih pentingkan dari beribadah kepadaNya. Jadi apa sebenarnya yang membezakan saya yang mencintai dunia daripada mereka yang mencintai orang yang sama jantina? Cuma perspektif/sudut yang berlainan. Cinta dunia itu luas skop/definisinya. Kita sebenarnya tiada hak untuk mencaci mereka padahal dalam sudut lain kita sendiri dua kali ganda mencintai sesuatu melebihi cinta kepadaNya.
Saya bukan mengatakan gay itu tidak apa, kerana ia memang salah. Namun, mereka yang gay itu bukanlah keseorangan dalam mencari identiti masing-masing dan mencuba memperbaiki diri. Bukan mereka saja yang ada kesalahan. Mungkin ramai mencaci mereka kerana kesalahan mereka nyata tapi itu tidak bermaksud mereka sahaja ada kesalahan. Kita juga kadang-kala buta, tapi cabaran kita mungkin lebih halus daripada mereka dan lebih sukar untuk disedari (seperti mencintai wang daripada bersedekah, melambatkan solat).
Saya kesiankan mereka lagi-lagi mereka yang lahir sebagai seorang khunsa. Sesungguhnya cabaran mereka itu berat dan bukan senang untuk lawan diri sendiri. As I would say it in English, "It is so very difficult to fight who you think you are." InsyaAllah kita patut fokus pada apa yang Dia mahukan untuk kita dan bukanlah pandangan kita tentang apa yang kita patut jadi (My Bahasa is not so good. Sorry. "We should focus on what He wants us to be not on who we think we are.")
Cuba bayangkan sebuah kereta yang dibina oleh orang German. Kalau boleh pencipta kereta itu mestilah mahu kereta itu jadi paling laju dan kereta paling wow! Tapi kereta itu benda bukan hidup. Dia tidak boleh jadi selain daripada dirinya sendiri. Namun itulah yang membuat manusia itu sungguh unik dan ajaib kerana Allah mencipta kita berlainan tapi mengharap kita semua menjadi hambaNya yang taat. Tapi Dia tidak membiar kita statik seperti sebuah kereta yang tidak mampu berubah. Dia membuat kita flexible dan kita boleh saja berubah. Sebuah kereta tidak boleh kata kepada penciptanya untuk mengubah dirinya tapi manusia boleh pohon dan berdoa Allah menolongnya berubah. Betapa istimewanya ciptaan Allah yang Maha Esa. Saya paling tak faham ayat "Don't ever change who you are." Apalah manusia itu kalau bukan suatu makhluk ciptaan Tuhan yang SENTIASA BERUBAH? Kalau taknak berubah lebih baik jadi objek tanpa nyawa betul tak?
Alhamdulillah
No comments:
Post a Comment